MLTT / TAKAFUL PINJAMAN PERUMAHAN
Apa itu Pelan MLTT AIA?
Pelan MLTT AIA (Mortgage Reduction Term Takaful AIA) adalah Takaful Perlindungan Pinjaman Perumahan yang direka khas untuk melindungi anda dan keluarga daripada risiko kewangan yang tidak dijangka.
Perlindungan untuk kestabilan masa hadapan
Dengan pelan MLTT AIA, baki pinjaman perumahan anda akan dilindungi sekiranya berlaku musibah, memastikan rumah anda kekal milik keluarga. Pelan ini bukan sahaja satu keutamaan, malah ia adalah langkah bijak untuk menjamin kestabilan masa depan anda.
Miliki Pelan MLTT AIA dengan perlindungan asas sehingga RM350,000, Bermula dengan Harga Serendah RM150 sebulan sahaja. Kadar tertakluk kepada umur dan jantina.
Faedah Asas Pelan MLTT AIA
Memberikan bayaran pampasan penuh (jumlah perlindungan asas) kepada waris sekiranya peserta meninggal dunia.
Memberikan bayaran pampasan penuh sekiranya peserta mengalami hilang upaya menyeluruh dan kekal.
Jika anda didiagnosis dengan Penyakit Kritikal atau mengalami Hilang Upaya, anda tidak perlu lagi membayar caruman polisi. AIA akan mengambil alih pembayaran caruman untuk memastikan perlindungan anda kekal aktif dan anda terus menikmati semua faedah lain.
Sijil MLTT AIA akan mengumpul nilai tunai dari semasa ke semasa. Nilai tunai ini boleh digunakan pada masa hadapan jika anda memerlukannya, atau diserahkan (surrender) jika perlindungan tidak lagi diperlukan.
Anda akan menerima Bayaran Nilai Matang apabila polisi anda berakhir pada umur 70 tahun. Amaun bayaran ini tidak dijamin kerana ia tertakluk pada prestasi dana pelaburan yang terkumpul sepanjang tempoh caruman anda.